Profile Picture

Marissa Shahnaz *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Sosial

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Klang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Marissa. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 10 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Subjek Pendidikan Islam merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon PSRA di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 10 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Saya menggunakan teknik talaqi juga kepada pelajar yang ingin mengaji bersama saya. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji, Darjah 3
Bahasa Arab KAFA - Darjah 4
Jawi dan Khat KAFA - Darjah 5
Mengaji - Iqra Darjah 3
P. Islam Darjah 3
Jawi Darjah 3