Profile Picture

Wan Siti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Politik

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Telah Bergraduasi)

Gemas, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan bekas guru mystep di peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah.Pengalaman saya mengajar subjek bahasa melayu,sains dan matematik mendapat pujian dari ramai pelajar dan ibu bapa kerana cara pengajaran yang mudah difahami dengan kaedah nota ringkas dan padat. Selain itu,saya merupakan bekas pelajar yang mendapat sijil pelajar cemerlang SPM, akademik cemerlang dalam pt3 dan memegang sijil dekan asasi UPNM. Setelah tamat Asasi di UPNM,saya menyambung pelajaran ijazah Sarjana Muda Pengajian Stategi dalam bidang Sains Politik yang merangkumi Teori Politik,Sejarah dan Sastera Kemanusiaan dalam konflik antarabangsa. Saya juga seorang yang berdisiplin dalam mengatur masa dan berprofesional dalam melakukan tugas kerana pengalaman dalam menjadi guru mystep menbentuk diri saya untuk sentiasa bijak mengawal tingkah laku murid-murid yang mempunyai pelbagai ragam.
Teknik Pengajaran
Saya berkebolehan menggunakan teknik pengajaran secara bersemuka dan online apabila sesi pengajaran dilakukan kerana ketika COVID-19 melanda negara,saya telah diterapkan dengan cara pengajaran secara online. Justeru itu,saya akan menggunakan teknik kemahiran pedagogi yang seiring dengan trend perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang terus berkembang di Malaysia.

Sebagai contohnya,saya menggunakan bahan grafik seperti video,slide power point dan canva dalam menerangkan sesuatu topik bagi memudahkan murid memahami isi kandungan sesebuah topik atau subjek. Ia juga dapat menarik minat murid untuk seronok dan tidak bosan ketika sesi pengajaran dilakukan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2
Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2
Sejarah Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Geografi Tingkatan 2