Profile Picture

Nur Iryani *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma Pascasiswazah - Stem

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Balik Pulau, Pulau Pinang

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam & Hi! Saya Cikgu Iryani graduan Dpli (STEM) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya telah berkecimpung dalam bidang pendidikan selama tiga tahun dan mempunyai pengalaman selama dua tahun berkerja sebagai guru ganti MySTEP di sekolah rendah dan sekolah menengah dalam subjek Matematik dan Bahasa Melayu. Saya percaya setiap usaha kecil pelajar yang mempunyai keinginan untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran nescaya ada sinar kejayaan yang akan menghampiri mereka kelak. Saya sebagai seorang pendidik sangat berbesar hati membantu para pelajar untuk mencapai impian mereka dengan ilmu, kepakaran dan pengalaman yang saya miliki.
Teknik Pengajaran
Saya telah menerapkan beberapa kaedah pembelajaran abad ke-21 (Pak-21) dalam meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.

Penilaian awal akan dilakukan untuk melihat tahap pencapaian pelajar bagi memastikan kesesuaian suatu aktiviti dan latihan yang akan dilaksanakan bersama pelajar tersebut.

Antara kaedah pembelajaran yang pernah dilaksanakan bersama pelajar ialah peta i-think, fun-N-pick, didik hibur dan Spin-N-Think. Selain itu, saya juga menyediakan nota untuk setiap sub-topik bagi memudahkan pelajar membuat rujukan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 5, Tingkatan 4, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 5, Tingkatan 4