Profile Picture

Nur Afiqah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia Dengan Pendidikan

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Telah Bergraduasi)

Melor, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan graduan pendidikan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan. Saya juga berpengalaman mengajar subjek Pengajian Am bagi Tingkatan 6 dan subjek Sejarah arus perdana bagi Sekolah Menengah semasa menjalankan Latihan Mengajar. Semasa menjadi mahasiswa, saya dilatih untuk menjadi seorang guru yang fleksibel dengan mengajar apa sahaja subjek yang mempunyai kesinambungan dengan Pengajian Am seperti Sejarah, Geografi dan Bahasa Melayu kerana tidak semua sekolah mempunyai Tingkatan 6. Saya seorang guru yang komited dalam menjalankan tanggungjawab dan berusaha bersungguh-sungguh menjadikan prestasi pelajar lebih baik dan cemerlang. Saya berpegang kepada prinsip "yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang". Tahniah kepada tuan/puan yang komited memberikan yang terbaik kepada anak-anak demi masa depan mereka dan terima kasih kerana mempercayai kebolehan saya sebagai tutor anak-anak tuan/puan.
Teknik Pengajaran
Saya suka menggunakan teknik Pengajaran Berasaskan Permainan atau Game Based Learning bagi memastikan pelajar dapat menyerap segala ilmu yang disampaikan dengan lebih cepat dan seronok. Selain itu, saya akan menyediakan slaid pembentangan yang bersesuaian setiap kali kelas berlangsung dan boleh dijadikan sumber rujukan kepada pelajar. Teknik latih tubi juga diperlukan dalam pengajaran kerana tanpa latih tubi yang berterusan, pelajar tidak akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Semasa perbincangan soalan latih tubi, saya akan memberikan formula atau kata kunci yang sesuai bagi memudahkan pelajar menghafal fakta-fakta.
Subjek
Subjek Tahap
Sejarah Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6