Profile Picture

Ain Nadzirah *******

(Online)

Sarjana Muda - Science (Chemistry)

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Kota Tinggi, Johor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi untuk membantu pelajar mencapai kejayaan akademik. Dengan pengalaman menjadi guru tuisyen dan guru ganti di sebuah sekolah berasrama penuh, menjadikan saya seorang yang bersemangat untuk memupuk kreativiti dan kemahiran berfikir kritis dalam kalangan murid. Saya berkemahiran dalam membangunkan rancangan pengajaran yang menarik yang menggabungkan aktiviti praktikal dan contoh dunia sebenar, mengikut kesesuaian individu. Selain itu, saya juga menyediakan sokongan 'one to one' kepada pelajar dari semua peringkat umur dan gaya pembelajaran serta mempunyai kemahiran komunikasi yang mantap dan keupayaan untuk membina hubungan baik dengan pelajar.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran untuk menyokong gaya pembelajaran murid yang pelbagai, yang mana tidak terhad kepada kuliah atau penerangan sahaja. Aktiviti yang menarik dan aktif berbentuk sumbang saran dan didik hibur dapat memberi ruang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Selain itu, saya juga menerapkan bimbingan positif dalam pengajaran dengan memberi fokus kepada kekuatan dan kelebihan murid sebagai sokongan untuk mereka mengembangkan potensi diri dalam subjek yang dipelajari.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 4
Bahasa Melayu Darjah 4
Bahasa Inggeris Darjah 4
Sains Darjah 4