Profile Picture

Siti Khairunnisa *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bacelor Sains Kimia Dengan Pendidikan (Kepujian)

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Telah Bergraduasi)

Ayer Hitam, Kedah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang dinamik serta bersemangat tinggi dalam membantu pelajar saya untuk mencapai kecemerlangan. Saya seorang yang tegas dalam melaksanakan pengajaran namun peramah dalam membantu pelajar menyelesaikan masalah. Dengan latar belakang akademik yang kukuh dan pengalaman dalam pengajaran serta pengurusan, saya dapat memastikan pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka seterusnya mencapai matlamat pelajar. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar iaitu dengan menyediakan nota ringkas berdasarkan KSSR dan KSSM supaya pelajar dapat mengikuti serta mengulang kaji semula pembelajaran. Untuk pelajar yang lemah, saya akan berikan latihan asas secara latih tubi. Sebagai pendedahan, saya akan selalu memberikan soalan yang berformatkan UASA dan SPM berfokuskan kepada soalan tahun lalu, jika diperlukan saya akan memberi juga kertas percubaan negeri dan SBP supaya pelajar biasa dengan format dan soalan KBAT.
Subjek
Subjek Tahap
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5