Profile Picture

Qistina Lis *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Marketing (Hons.)

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Sedang Belajar)

Subang Jaya, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya ialah Qistina dan saya adalah pelajar sarjana muda pemasaran di UUM, Sintok. Saya mempunyai pengalaman sebagai tutor Matematik untuk pelajar sekolah rendah dan tutor Pengajian Keusahawanan dan Prinsip Perakaunan untuk pelajar sekolah menengah. Sebagai tutor, saya komited untuk membantu pelajar saya mencapai hasil yang cemerlang. Saya seorang individu yang menyeronokkan dan ramah. Saya akan sentiasa memastikan murid-murid saya mencapai matlamat mereka. Di samping itu, saya suka membantu murid saya membuat jadual yang cekap. Saya juga melakukan tugas yang sangat baik dalam memotivasikan murid untuk memberi perhatian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran saya.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan beberapa teknik mengajar iaitu :
1. Teknik soal dan jawab
Saya menggunakan teknik ini agar pelajar mudah faham dan tidak mempunyai rasa segan untuk sentiasa bertanya jika tidak jelas dengan apa yang dipelajari.
2. Teknik nota
Saya akan menyediakan beberapa nota yang menarik dan mudah faham untuk pelajar saya.
3. Teknik quiz
Saya akan menyediakan set soalan kuiz kepada pelajar mengikut topik tertentu sebagai kerja rumah untuk memastikan pelajar membuat ulang kaji dan tidak mudah lupa dengan sesi pembelajaran. Set soalan kuiz ini akan diberikan kepada pelajar di hujung sesi pembelajaran dan akan disemak di kelas seterusnya.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BI Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 2
Pengajian Keusahawanan Tingkatan 4, Tingkatan 5