Profile Picture

Azliha Binti *******

(Online & Physical)

Diploma / Stpm - Diploma In Automated System And Maintenance Technology

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Azliha. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 12 tahun dalam mendidik pelajar sekolah menengah. Subjek Matematik dan Matematik Tambahan merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Sains merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul dan latihan pengukuhan menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar berpotensi untuk cemerlang. Saya juga sering mengendalikan kelas - kelas teknik menjawab buat calon SPM di samping fokus kepada kelas-kelas dalam kumpulan yang bersasar. Saya boleh meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar ketika diselitkan dalam pengajaran. Nak anak skor dengan cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda dalam pembelajaran Matematik dan Matematik Tambahan ??? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 12 tahun dalam arena pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan BASIC ALGEBRA, INTERMEDIATE ALGEBRA DAN ADVANCED ALGEBRA dalam mencapai objektif pembelajaran dan pemantapan dalam menguasai Matematik dan Matematik Tambahan. Pendekatan variasi soalan berulang dan DIFFERENT METHODOLOGY merupakan kepakaran saya bergantung kepada tahap penguasaan pelajar. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai keberhasilan dan minat dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan merupakan visi dan misi saya sebagai pendidik juga pembimbing.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5