Profile Picture

Nur Afiqah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Gunaan (Kimia Industri)

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Telah Bergraduasi)

Kota Setar, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai, saya Farhana dan mempunyai Ijazah dalam Sains Gunaan(Kimia Industri) dari Universiti Sains Malaysia. Saya pernah bekerja sebagai Chemist di salah satu kilang farmaseutikal dan juga jurutera di sebuah kilang Jepun yang menghasilkan sponge kosmetik. Sekarang, saya sedang melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya hanya mempunyai pengalaman mengajar sepupu yang berusia 12 tahun dan 14 tahun sahaja. Walaupun, saya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan, tetapi saya sentiasa memastikan saya mengetahui tentang perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan supaya ilmu yang disampaikan tidak terpesong jauh dari apa yang telah digariskan oleh KPM.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya gunakan adalah :

1. Mindmapping untuk meringkaskan subjek bacaan supaya pelajar boleh melihat dengan jelas ‘keyword’ yang ingin disampaikan.

2. Teknik akronim iaitu menghafal huruf awal untuk setiap formula atau ayat.

3. Teknik soal jawab selepas pengajaran dan pembelajaran, dimana teknik ini membolehkan pelajar menguji pemahaman tentang apa yang telah dipelajari.

4. Untuk subjek yang memerlukan pengiraan, teknik yang digunakan adalah pelbagai latihan soalan yang menguji aras rendah, sedang dan tinggi.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5