Profile Picture

Mohamad Khairuddin *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Mekatronik

Universiti Malaysia Perlis (Arau) (Sedang Belajar)

Sungai Petani, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Khai, seorang Mahasiswa Kejuruteraan Mekatronik dan Tutor yang bersemangat tinggi dengan teknik dan bidang pengajaran yang boleh membawa manfaat bukan sahaja pada sehelai transkrip atau slip keputusan, malah lebih dari itu Saya berpengalaman dari segi mengajar dan berkongsi ilmu bersama rakan-rakan kuliah sebagai seorang Peer-Assisted-Learning(PAL) Leader. Sebagai seorang PAL Leader, saya bukan sahaja dapat mengajar rakan kuliah, malah meningkatkan lagi pemahaman saya sendiri dalam suatu topik. Jadi, saya ingin berkongsi ilmu yang ada kepada adik-adik yang masih bersekolah untuk terus skor dalam subjek-subjek yang dianggap susah iaitu seperti Add-Maths, Mathematics dan Pyhsics. Nak belajar dengan Engineer untuk skor? Sila hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Dengan pengalaman saya sebagai seorang Peer-Assisted-Learning(PAL) Leader, saya menggunakan pendekatan bersama adik-adik yang masih bersekolah sebagai rakan-rakan sebaya saya dan mampu memotivasikan mereka dengan teknik-teknik yang dapat memudahkan proses pemahaman mereka. Oleh kerana saya seorang Engineer, saya mampu memudahkan proses pemahaman dan meningkatkan keupayaan seseorang pelajar untuk memahami apa yang saya sampaikan dalam masa yang sangat singkat. Selain dari pendekatan teknik Skor A+ dalam peperiksaan, saya mampu menekankan di mana sebenarnya ilmu yang dipelajari diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pemahaman seorang pelajar terhadap ilmu yang dipelajari adalah perkara yang paling saya titik beratkan dalam bidang pendidikan ini, selain Skor A+ dalam peperiksaan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - Bahasa Tamil Darjah 5, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5