Profile Picture

Intan Fitra *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Marine Science

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Telah Bergraduasi)

Cyberjaya, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Intan, saya merupakan seorang tutor yang sangat mementingkan kualiti. Saya sangat berdedikasi dalam mengajar dan memastikan anak didik saya untuk mencapai matlamat yang diingini. Saya seorang yang ramah dan mudah mesra namun saya juga tegas bila mengajar. Saya akan memastikan anak didik saya terus maju dan berjaya skor markah yang cemerlang dalam peperiksaan. Saya percaya bahawa setiap murid berpotensi untuk bersinar dan hanya memerlukan pemangkin untuk membantu mereka. Ingin bersinar? Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan pelbagai teknik mengajar dan menyediakan nota yang menarik sebagai pendekatan untuk memastikan anak didik saya memahami apa yang dipelajari. Salah satu teknik yang diaplikasikan adalah didik hibur untuk mencapai objektif pembelajaran. Saya juga mempunyai tips dan penjelasan yang lebih mudah untuk difahami mengikut topik bagi memastikan anak didik saya mudah mengingati apa yang dipelajari. Selain akademik, saya juga meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan anak didik. Visi saya adalah memastikan anak didik saya dapat mencapai matlamat mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Math SJKC (Fluent) Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3