Profile Picture

Nurfaizun Adnan

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu Komunikasi

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Seremban, Negeri Sembilan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Faizun. Saya merupakan seorang guru yang berdedikasi dan berpengalaman selama 3 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Berkemahiran dalam mengajar subjek bahasa Melayu sebagai bahasa asing berformatkan IGCSE dan juga pernah mengajar BM mengikut kaedah Montessori, saya juga berpeluang mengajar beberapa pelajar asing di sebuah sekolah antarabangsa di Malaysia. Saya juga terlibat dalam penyusunan modul dan latihan kosa kata menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang dan yakin berbicara dalam bahasa Melayu. Saya juga sering mengendalikan kelas tutor dalam bahagian penulisan karangan peringkat rendah (UASA). Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Sepanjang saya berkhidmat di sebuah sekolah antarabangsa, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan permainan interaktif serta kuiz merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subtopik. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik menggunakan akronim pada bahagian tatabahasa sering saya gunakan kepada pelajar bagi mengingati peraturan serta syarat-syarat setiap topik yang dipelajari.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5