mytutor_mobile
Profile Picture

Saifian Chok

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Doctor Of Medicine

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Telah Bergraduasi)

Tawau, Sabah

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Saifian, merupakan graduan Ijazah Doktor Perubatan (Anugerah Dekan) dan merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya mengajar subjek Sains dan Matematik, untuk semua peringkat sekolah rendah & sekolah menengah. Saya mempunyai minat yang mendalam dalam pendidikan. Saya berpengalaman mengajar subjek Matematik, Sains dan Kimia sebagai guru sekolah dan juga berpengalaman sebagai tutor untuk subjek Matematik & Sains bagi sekolah rendah dan menengah. Saya sangat suka untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan pelajar membuatkan saya menjadi pendidik yang berdedikasi. Dengan komitmen untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang menyokong pertumbuhan holistik, saya yakin dapat membimbing pelajar mencapai kejayaan yang berkekalan. Hubungi saya segera!
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya mengintegrasikan teknologi moden dengan menggunakan iPad sebagai alat bantu pembelajaran interaktif.

Saya menyampaikan konsep-konsep dengan cara yang jelas dan berfokus pada penerangan topik.

Sesi pembelajaran saya dititikberatkan pada diskusi aktif, di mana saya akan berbincang dengan pelajar untuk bersama-sama mencari penyelesaian bagi setiap masalah. Pendekatan ini bukan hanya memperkukuh pemahaman konsep, tetapi juga membina kemahiran pemecahan masalah dan kritis yang penting dalam perkembangan pelajar.


Saya juga akan menyediakan latih tubi bagi pelajar supaya pelajar lebih faham dan menguasai subjek tersebut.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4