Profile Picture

Nur Ikmal *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Master Of Science (Petroleum Engineering)

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Telah Bergraduasi)

Bandar Tun Razak, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Za. Saya merupakan seorang tutor "sementara" dan "on-the-go" kerana kerjaya semasa yang "demanding" namun apabila saya telah menetapkan masa dan dedikasi saya kepada para pelajar yang sangat berkemahuan tinggi untuk maju kehadapan walaupun terdapat halangan dalam diri pelajar sama ada dari segi status kewangan, pendidikan dan apa sahaja,saya pastikan pelajar tersebut cuba "improve" dan "comfortable" untuk meneruskan pembelajaran mengikut "pace" masing-masing .Berpengalaman selama 13 tahun dalam bidang kejuruteraan dan merupakan bekas jurutera minyak dan gas di sebuah syarikat terkemuka di Malaysia dan juga di dunia, saya berpengalaman menjadi seorang "coach" dan juga "supervisor" yang bukan sahaja mendidik pelajar dari universiti yang menjalankan "internship" malah bekerjasama untuk "career development" kepada pelajar tahun akhir di universiti.Maka, subjek-subjek dari sekolah rendah dan sekolah menengah adalah "basic" yang bole diolah ke arah cara yang lebih menarik supaya para pelajar dapat belajar dan mengingati dengan lebih sempurna. Subjek Matematik dan Sains merupakan subjek major yang diminati saya untuk diajar malah subjek seperti Fizik dan Bahasa juga bole diajar sekaligus. Berkemahiran dalam penyusunan silibus dan modul dengan "latest update" daripada Kementerian Pendidikan, menjadikan saya seorang tutor yang dapat bekerjasama dengan pusat tuisyen dan akademi untuk masa depan para pelajar yang cemerlang. Saya juga pernah mengendalikan aktiviti bersama PETROSAINS buat para pelajar dari segala umur di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar secara "freelance". Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar dan kini juga sedang menuju dan mempelajari bidang Early Child Education kerana meminati bidang ini dan ingin melihat bakal pemimpin negara kita membesar dengan jati diri terbaik untuk kemaslahatan ummah. Untuk pelajar-pelajar yang betul betul bersemangat tinggi untuk masa depan yang cemerlang (Insya-Allah), mari kita bersama2 belajar ya!
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 13 tahun dalam industri kejuruteraan, saya menerapkan "method" dan teknik-teknik yang terkini dan "global" serta menarik bergantung kepada silibus terkini dan keupayaan para pelajar (tidak kira dari apa-apa keupayaan daya ingatan dan mental para pelajar). Saya juga mengaplikasikan teknik didik yang berupaya mengelak para pelajar yang "short attention span" dan juga "ADHD" sambil "channeling" unsur-unsur hiburan (supaya pelajar dapat merasakan pembelajaran secara "fun") dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan "method" pokok peta minda dan memori merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan.Selain itu, pelbagai pendekatan terkini yang saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu dan mengingati ilmu yang diajar dengan sempurna.Visi dan misi saya adalah kejayaan yang dicapai mestilah dengan keredhaan dan manisnya belajar semua ilmu di pusat tuisyen dan akhirnya melahirkan para ilmuwan bak kata pepatah "Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk",semoga generasi masa hadapan kita berupaya memajukan negara dan ummah.
Subjek
Subjek Tahap
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Universiti - Ijazah Sarjana Muda
Matematik Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 6
Sains Darjah 1, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6