Profile Picture

Fatin Maisarah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Kaunselor

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Graduated)

Sungai Buloh, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Ticer Maisarah. Saya merupakan graduan lepasan Diploma Sumber Manusia dan Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaya.

Saya juga telah berada dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak lebih 5 tahun yang mana pernah bekerja di Tadika dan Taska.

Kebolehan dan minat saya adalah mendidik serta mengajar mereka yang berumur 4 tahun sehinggalah 12 tahun. Jadinya, banyak subjek asas yang menjadi kehebatan saya dalam mengajar murid-murid usia sebegitu.

Selain itu, saya juga amat aktif dalam kelab dan persatuan. Pendek kata, jiwa saya lebih kepada kemasyarakatan dan seiring dengan kemahiran sosial yang ada. Pelbagai program, kem motivasi dan yang sama maksud dengannya telah saya berikan sepenuh tenaga bersama.

Teaching Method(s)
Saya seorang yang lebih suka untuk mengajar secara bersemuka. Hal ini kerana saya lebih nampak secara realiti gaya belajar seseorang murid itu. Perkara ini penting untuk saya kenalpasti teknik pengajaran yang sesuai dilakukan, sama ada visual, belajar sambil main, audio dan sebagainya.

Dalam pada itu, saya juga berbesar hati untuk menerima kaedah pembelajaran secara alam maya yang mana mungkin ada membataskan mana mana pihak untuk bersua. Saya juga berkebolehan untuk menyediakan bahan bahan yang diperlukan untuk kegunaan kelas secara atas talian. Contohnya melalui pdf, microsoft word, canva, google site dan sebagainya yang boleh menyampaikan sumber ilmu dengan berkesan.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika
Seni & Kraf Tadika
Fardhu Ain Tadika
Mengaji - Iqra Tadika
Matematik Tadika
Membaca - BM Tadika
Bahasa Melayu Tadika
Sains Tadika
Bahasa Arab Tadika
Jawi Tadika