Profile Picture

Noor Illi *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Doktor Falsafah(phd) - Pendidikan

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Telah Bergraduasi)

Beranang, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya dikenali sebagai Teacher Illi. Saya mengajar subjek English selama hampir 8 tahun. Saya sedang berkhidmat sebagai seorang guru di sekolah rendah dan juga merupakan seorang bekas pensyarah. Penumpuan utama saya adalah kepada sekolah rendah terutama sekali kepada tahap 1. Selain Bahasa Inggeris, saya juga boleh mengajar subjek sains dan matematik untuk tahap 1. Selain pembelajaran, saya juga menekankan konsep asas disiplin sambil menimba ilmu. Jikalau tuan dan puan mahu anak anak puan menjadi seorang berdisiplin dan berdaya saing dalam pelajaran, hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama hampir 10 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Saya juga menekan konsep “fun in learning” untuk mengukuhkan asas matapelajaran tersebut dengan mencakna bahan mengajar dan cara mengajar sesuai dengan keperluan para pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3