mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Mahirah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Awal Kanak-kanak, Pendidikan Islam, Bahasa Arab

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Telah Bergraduasi)

Merlimau, Melaka

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya digelar Cikgu atau Ustazah Mahirah. Saya merupakan seorang guru dan ustazah di sekolah rendah agama petang. Saya berpengalaman dalam mengajar di sekolah rendah selama 2 tahun. Subjek kemahiran saya adalah pendidikan awal kanak-kanak bermula daripada 4 tahun sehingga ke 7 tahun bagi tadika, taska dan prasekolah manakala bagi subjek pendidikan islam dan bahasa arab adalah subjek kemahiran tambahan saya bagi pelajar sekolah rendah. Sekiranya anak anda ingin mencari tutor yang boleh mengajar dari segi bacaan al-quran ataupun berminat ingin belajar iqra’ dan al quran, saya sertakan kemahiran saya di sini beserta kemahiran tajwid yang bagus. Berkemahiran dalam membuat bahan bantu mengajar serta penyusunan modul belajar yang menarik minat kanak-kanak dan murid untuk belajar. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran juga saya mampu untuk membantu mereka dalam mengembalikan minat ingin belajar serta pakar dalam memberikan motivasi dari segi mental dan fizikal pelajar. Untuk memastikan anak-anak anda berminat dan cemerlang dalam pelajaran atau ingin membantu anak-anak mengenali huruf dan abjad dengan lebih awal? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya adalah berbentuk dan bergantung kepada minat anak masing-masing. Berpengalaman selama beberapa tahun mengajar membantu saya untuk menerapkan penggunaan peta minda, kuiz bergambar, pendekatan secara audio dalam membantu perkembangan pelajaran. Kepuasan anak-anak dalam menuntut ilmu untuk mencapai kecemerlangan adalah penting sebagai seorang pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Fardhu Ain Tadika
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Arab Tadika, Darjah 4
Jawi Tadika
Membaca - BM Tadika
Sirah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 4
Lughatul Quran KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3
Tajwid KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 5
Tilawah Al-Quran KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 3
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 5
Jawi dan Khat KAFA - Darjah 2
Asas Fardhu Ain KAFA - Darjah 2, Darjah 1
Adab dan Sirah KAFA - Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Mengaji, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4
P. Islam Darjah 1, Darjah 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3