Profile Picture

Nureen Irdina *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa Dengan Kepujian

Universiti Sultan Zainal Abidin (Kuala Nerus) (Sedang Belajar)

Petaling Jaya, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hii saya, cikgu Ween dan kini masih melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Terengganu dalam jurusan Hubungan Antarabangsa. Saya sangat berminat untuk mendidik anak-anak kecil dan gemar akan keletah mereka. Saya sukakan pembelajaran yang santai dan ceria kerana saya tidak gemar dengan suasana yang stres. Saya merupakan guru muda untuk subjek Sejarah di sekolah suatu ketika dahulu disebabkan minat yang mendalam terhadap subjek tersebut. Saya mempunyai bakat dalam melukis dan pernah mewakili Dubai untuk beberapa acara dan pertandingan lukisan sekitar tahun 2014-2015. Saya juga mewakili sekolah dalam sukan renang namun kesemua hobi dan bakat tersebut harus saya tinggalkan setelah menginjak ke usia dewasa saban hari. Saya juga merupakan Johan untuk pertandingan penulisan esei Bahasa Melayu STEM peringkat Kebangsaan sewaktu di tingkatan 4 dan saya berasa teruja untuk berkongsi ilmu dengan adik-adik cara-cara untuk mahir membuat karangan. Bestnyaaa belajar dengan Cikgu Ween!! Melukis boleh, berenang boleh, akademik pun bolehh. Barulah seimbang, adik-adik. Nak tau best tak best kenalah hubungi Cikgu cepat!
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya adalah dengan bertanyakan soalan secara menyeluruh tentang apa yang difahami oleh pelajar tersebut berkaitan topik yang hendak dipelajari pada hari tersebut. Hal ini penting untuk saya menilai kefahaman pelajar tersebut pada saat awal berbanding setelah mempelajari topik tersebut. Seterusnya, saya akan mengupaskan dari satu anak soalan ke anak soalan yang lain untuk lebih membuka minda pelajar tersebut dan meminta beliau untuk mentafsir semula apa yang difahaminya setelah mendengarkan penjelasan dari saya. Hal ini demikian untuk menilai tahap kebolehfahaman dan melatih pelajar untuk lebih fokus sewaktu di dalam kelas. Di hujung pembelajaran, saya akan meminta pelajar untuk menjawab beberapa soalan berkenaan topik yang dipelajari dan kebanyakan dari soalan-soalan tersebut merupakan soalan-soalan target sewaktu peperiksaan. Hal ini untuk membiasakan pelajar dengan soalan-soalan peperiksaan agar mereka lebih cakna dan lebih kehadapan dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan mengikut format yang tepat. Akhir sekali, saya akan memastikan pelajar tersebut berada dalam keadaan sedia untuk menimba ilmu, memahami setiap ilmu yang saya kongsikan dan saya akan memastikan peningkatan prestasi dalam pembelajaran beliau serta respon positif pelajar tersebut memberangsangkan dari satu sesi ke sesi yang lain.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika
Bahasa Melayu Tadika