Profile Picture

Nur Anis *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat Dengan Kepujian

Universiti Sains Islam Malaysia (Sedang Belajar)

Tumpat, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Anis . Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan komited dalam mendidik pelajar sekolah rendah . Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala agama dan mengajar iqra merupakan subjek minor.Mengajar murid sekolah rendah memerlukan sejumlah kemahiran khusus untuk mencapai keberhasilan dalam proses pembelajaran.Antara kemahiran penting yang selalu saya terapkan dalam diri saya untuk menjadi pendidik yang cemerlang dan contoh kepada anak murid saya adalah kemahiran komunikasi,pemahaman terhadap perkembangan kanak-kanak,kemahiran mengurus kelas, kreativiti dan adaptabiliti, serta kemahiran menilai dan memberi maklum balas. Kemahiran-kemahiran ini penting untuk membantu guru mencapai objektif pembelajaran dan membentuk perkembangan holistik murid-murid sekolah rendah.Nak anak skor dengan cemerlang serta tingkatkan kemahiran dan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Pengajaran online untuk sekolah rendah memerlukan kemahiran yang khusus dan penuh perhatian terhadap pembelajaran murid. Antara teknik yang efektif untuk mengajar murid sekolah rendah ialah dengan menggunakan interaktif yang menarik seperti platform pembelajaran yang interaktif dengan permainan, kuiz, dan aktiviti yang menarik untuk mengekalkan minat murid serta multimedia seperti gambar, video, dan animasi untuk menyampaikan konsep kefahaman kepada murid.Selain itu, penggunaan alat pembelajaran online seperti platform pembelajaran berbasis video, papan putih digital, dan aplikasi khusus untuk membantu menjelaskan konsep dengan lebih jelas juga sangat mempengaruhi murid. Pada masa sama juga ,saya juga akan membuat penilaian formatif secara berterusan untuk mengukur pemahaman murid. Kaedah penilaian yang berbeza, seperti kuiz, tugasan projek, atau presentasi amat penting untuk mengetahui tahap kefahaman anak murid. Kecermerlangan anak murid saya merupakan visi saya sebagai seorang pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 2
Membaca - BM Tadika
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2
P. Islam Darjah 1, Darjah 2
Jawi Darjah 1
Mengaji - Al-Quran Darjah 1
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Darjah 1
Asas Fardhu Ain Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Darjah 3