Profile Picture

Nuraswan Binti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Kesusasteraan Melayu Komunikatif

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sedang Belajar)

Debak, Sarawak

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Swann. Saya merupakan seorang pelajar sepenuh masa dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Dalam bidang pendidikan, sudah banyak pengalaman yang dapat saya perolehi. Saya pernah menjadi tutor dan mengajar murid-murid sepanjang saya menjadi seorang pelajar. Tahap pembelajaran yang arif dan pernah saya kendalikan adalah sekolah rendah dan menengah. Saya seorang yang sangat aktif dan suka berkomunikasi. Saya juga sering membuat bahan bantu mengajar dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang pendidik dan tutor, saya sedia untuk mendidik anak anda untuk menjadi generasi pendidikan yang seterusnya.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang boleh saya ketengahkan semasa sesi pembelajaran berlangsung adalah mengikut keupayaan dan kebolehan para pelajar. Berdasarkan pengalaman saya dalam mengajar, teknik yang sering saya gunakan di dalam bilik darjah adalah teknik soal jawab dan bercerita. Teknik ini bertujuan untuk memudahkan mereka fokus dan aktif untuk berkomunikasi. Pendekatan secara didik hibur juga boleh merangsangkan minat meraka untuk kekal fokus dalam pembelajaran dan mengetahui intisari subjek yang hendak dipelajari.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Membaca - BM Darjah 1
Sains Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Tingkatan 3
Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 4, Tingkatan 5
P. Islam Darjah 6