mytutor_mobile
Profile Picture

Maizatul Aqmarisha *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains (Fizik Industri)

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Telah Bergraduasi)

Johor Bahru, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya mempunyai 4 tahun pengalaman sebagai seorang pendidik. Saya telah berkhidmat sebagai seorang tutor sebelum bergraduasi lagi. Kini, saya merupakan seorang guru di sebuah sekolah swasta. Saya merupakan seorang guru yang berdedikasi untuk memastikan pelajar-pelajar saya mudah faham dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Saya juga mahir dalam memastikan pelajar boleh memahami sesebuah topik melalui peta minda. Saya turut mempunyai teknik-teknik menjawab soalan yang dapat memudahkan pelajar memahami kehendak soalan dan menjawabnya dengan baik.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya lebih kepada nota ringkas seperti peta minda dan teknik menjawab soalan. Saya gemar membiasakan pelajar untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan lepas supaya pelajar dapat mengenal corak soalan dalam peperiksaan. Selain itu, saya mendidik pelajar saya untuk membuat nota ringkas atau peta minda untuk sesebuah tajuk yang dipelajari. Ini akan memudahkan pelajar untuk membuat ulang kaji dan dapat mengekspresikan kefahaman mereka melalui nota tersebut.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5