Profile Picture

Batrisyia Maisarah *******

(Online)

Sarjana Muda - Pendidikan Islam, Bahasa Arab

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Kajang, Selangor

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Batrisyia. Subjek Pendidikan Islam merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Arab merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Bercita-cita untuk menjadi seorang guru yang versatil dan serba boleh, subjek Matematik juga menjadi salah satu subjek kegemaran dan subjek yang boleh diajar bagi peringkat sekolah rendah. Memiliki pengalaman mengajar Matematik secara atas talian di sebuah pusat tuisyen di Selangor meningkatkan lagi kepercayaan dan keyakinan anda untuk memilih saya sebagai guru tutor Matematik, begitu juga dengan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Boleh mengajar jawi dan kemahiran membaca, menulis, mengira dan kemahiran menaakul sesuai dengan Dokumen Standar Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Merupakan bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) SMA Persekutuan Kajang menjadi nilai tambah buat saya untuk menjadi seorang yang berpendidikan cemerlang dan memiliki harapan untuk mendidik anak bangsa kini menjadi seorang yang bertauliah dan beradab secara istiqamah.
Teaching Method(s)
Bagi teknik, sudah pastinya saya akan mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Bukan itu sahaja, saya juga akan menggunakan Pendidikan Alaf Ke-21, amalan pedagogi masa kini, dan kemahiran insaniah yang pelbagai bagi meningkatkan perkembangan anak didik saya secara holistik.Saya juga menyediakan teknik pentaksiran berasaskan permainan untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran dan objektif yang ditetapkan dengan mudah dan seronok. Saya juga mengaplikasikan inovasi kendiri dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membantu anak didik saya mengingati sesuatu perkara dengan mudah.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tadika
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Arab Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6