Profile Picture

Muhammad Fikri *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Dan Linguistik (Bahasa Arab)

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Telah Bergraduasi)

Ayer Keroh, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan hai! Saya Cikgu Fikri dan ada yang memanggil saya Ustaz Fikri. Saya berpengalaman menjadi seorang tutor selama lebih hampir 4 tahun sama ada tutor perseorangan mahupun secara bilangan yang ramai. Subjek utama yang saya ajar ialah Bahasa Arab bagi pelajar sekolah menengah bermula dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Saya juga pernah mengajar ramai pelajar SPM dan mampu membuatkan mereka faham apa yang diajar dan salah seorang pelajar telah berjaya skor dalam kertas peperiksaan secara berturut-turut bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiyyah Al-Muasirah tingkatan 3. Saya juga boleh dan pernah mengajar subjek bahasa Arab untuk pelajar darjah 1 sehingga darjah 6. Saya juga berpengalaman dalam mengendalikan kelas-kelas UPKK dengan mengajar subjek Jawi dan Lughatul Quran ataupun Bahasa Arab. Di samping itu juga, saya berpengalaman mengajar beberapa subjek akademik seperti Matematik untuk pelajar tahun 4 sehingga tahun 6 dan juga subjek Sains bagi pelajar tahun 4 sehingga tahun 6. Untuk pengetahuan, saya juga berpengalaman dalam mengendalikan kelas mengaji sama ada kelas Iqra dan Al-Quran. Kedua-dua kelas tersebut meliputi kanak-kanak dan dewasa. Syukur kepada Allah SWT, beberapa pelajar saya yang pada mulanya sukar untuk menyebut dan mengenal huruf, akhirnya mereka berjaya membeca Al-Quran dengan baik sehinggakan mampu untuk menyertai halaqah tadarus Al-Quran bersama rakan sekerja mereka. Jika anak-anak berminat untuk mendapatkan khidmat saya, boleh hubungi saya. Terima kasih.
Teknik Pengajaran
1. Untuk subjek bahasa Arab bagi pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah, saya akan memfokuskan beberapa perkara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, antaranya:-
- menerangkan perkara-perkara asas berdasarkan laras bahasa mereka secara satu persatu
- mengajar mereka membuat nota ringkas selari dengan kefahaman mereka
- membuat latihan setelah sebarang topik yang telah dipelajari bersama-sama
- memberi peluang kepada pelajar untuk berWhatsapp dengan tutor jika ada apa-apa masalah dalam memahami sesuatu topik

2. Bagi kelas Matematik dan Sains, saya memfokuskan:-
- hafalan sifir dan teknik memahami soalan
- membuat latihan bersama-sama dengan pelajar
- mengajar mereka membuat nota sesuai dengan kefahaman mereka
- membenarkan mereka berWhatsapp dengan tutor tentang apa yang mereka kurang faham tentang sesuatu topik

3. Bagi kelas mengaji, saya memfokuskan:-
- penyebutan huruf dengan betul
- pengulangan dari segi sebutan huruf agar lidah mereka terbiasa dengan huruf-huruf yang sukar disebut
- mendedahkan mereka dengan ilmu-ilmu tajwid yang asas
- mengulang kaji sebentar sebelum dan di saat-saat akhir sebelum tamatnya kelas
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 4, Dewasa, Darjah 5, Darjah 6
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
P. Islam Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Arab Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, Darjah 5, Darjah 6
Jawi Darjah 4, Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 6
Bahasa Arab - Third Language Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 6
Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mengaji - Al-Quran Dewasa
Jawi dan Khat KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6
Lughatul Quran KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6
Tajwid KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6
UPKK Darjah 5