mytutor_mobile
Profile Picture

Rahdiahtul Najwa *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bsc (hons) Economics

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Sedang Belajar)

Cheng, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai, Saya Cikgu Najwa. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mendidik pelajar pra-sekolah,sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai guru tuisyen. Oleh sebab itu, saya bukan hanya mempunyai kemahiran mengajar namun kemahiran pengurusan dalam mengendalikan perkhidmatan tuisyen yang sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk klien saya. Subjek matematik dan bahasa inggeris merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa melayu dan sains merupakan subjek minor. Selain itu saya juga berpengalaman dalam mendidik murid pra-sekolah dan sekolah rendah yang lemah membaca. Saya seorang yang ramah, ini untuk memastikan murid saya selesa belajar dan berani untuk mengajukan sebarang kekeliruan atau ketidakfahaman kepada saya sepanjang proses pembelajaran mereka, Namun begitu, saya seorang yang tegas kerana saya ingin mendidik pelajar saya untuk menjadi seorang yang fokus di dalam pelajaran. Saya suka membantu pelajar memahami sesuatu perkara sehingga berjaya. Saya sedia membantu anak anda untuk mencapai objektif pembelajaran yang diingini. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
- Teknik pengajaran yang menarik, bersesuaian dan bekesan akan diaplikasikan mengikut tahap keupayaan pelajar dari semasa ke semasa. Hal ini juga selaras dengan silibus yang digunakan di sekolah dan mengikut cadangan/permintaan pelajar atau ibu bapa jika ada.

- Untuk kelas membaca saya akan memfokuskan pengajaran kepada tiga aspek utama iaitu, mengeja,membaca dan menulis.

- Teknik pengajaran yang saya lakukan untuk subjek bahasa inggeris adalah dengan memfokuskan pengajaran kepada aspek aspek utama yang membantu murid dalam menguasai bahasa inggeris dengan baik seperti reading, listening, writing dan speaking. Ini bukan sahaja membantu meningkatkan kefahaman anak anak dalam subjek bahasa inggeris akan tetapi membantu juga dalam meningkatkan keyakinan pelajar.

- Untuk mata pelajaran Matematik dan Sains, saya akan menggunakan beberapa teknik untuk bantu pelajar skor dengan baik. Antaranya ialah dengan menggunakan teknik latih tubi (latihan mengulangan jawab soalan) sehingga pelajar dapat memahami sesuatu topik dengan baik. Saya juga mengalakkan teknik perbincangan dan soal jawab.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 1, Tadika
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tadika
Membaca - BI Tadika
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tadika
Bahasa Melayu Tadika
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3