Profile Picture

Nur Ainin *******

(Dalam Talian)

Asasi/a-level - Asasi Stem

Universiti Malaysia Terengganu (Telah Bergraduasi)

Kuantan, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang individu yang ingin mencari pengalaman dan mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang mampu memberikan impak positif kepada orang lain. Objektif saya adalah untuk membantu pelajar memahami asas dalam pembelajaran mereka supaya pelajar lebih meminati subjek yang dianggap sukar. Saya merupakan seorang yang ceria dan aktif. Saya yakin bahawa pelajar akan lebih seronok dalam sesi pembelajaran dengan watak tutor yang lebih ramah. Selain itu, saya berpandangan bahawa saya dapat memahami kehendak pelajar untuk mencapai apa yang mereka mahukan dalam pembelajaran memandangan saya juga merupakan seorang pelajar. Akhir sekali, harapan saya adalah untuk membantu pelajar untuk lebih menganggap belajar itu seronok dan tidak merasakan yang belajar itu satu bebanan buat mereka.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah penyelesaian masalah di mana pelajar akan didedahkan dengan masalah berkaitan supaya proses pemikiran kreatif dapat membantu pelajar terlibat secara aktif dalam sesi pembelajaran. Saya akan lebih menerapkan latihan selepas pembelajaran untuk menguji tahap kefahaman pelajar selepas sesi pembelajaran. Selain itu, saya akan membantu pelajar untuk menyediakan nota ringkas untuk memudahkan pelajar mengulangkaji pelajaran selepas tamat sesi pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6