mytutor_mobile
Profile Picture

Wan Nur *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma Sains

Universiti Teknologi MARA (Tapah) (Sedang Belajar)

Batang Berjuntai, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang yang tegas dalam hal berkaitan pendidikan akibat daripada generasi kini yang kian lama tidak mengendahkan tentang pendidikan.Saya berpengalaman dalam mengajar murid di sekolah tadika ketika cuti semester bagi menambah pengalaman dan ilmu dalam mendidik generasi akan datang.Selain itu juga, saya percaya bahawa biarlah kita melentur buluh dari rebungnya sebelum nasi menjadi bubur dengan menerapkan rasa semangat untuk menimba ilmu dalam diri generasi kini..Maka dengan ini JADIKANLAH SAYA TUTOR KEPADA GENERASI AKAN DATANG INI !
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang akan saya lakukan adalah bermain sambil belajar di mana selepas habis tamat sesi pengajaran, saya akan memainkan satu permainan berkaitan dengan pembelajaran pada hari tersebut supaya anak-anak murid saya dapat mengingatinya dan tidak bosan dengan pembelajaran yang dijalankan..Hal ini dapat meningkatkan rasa semangat dan juga tahap fokus anak- anak untuk belajar ilmu yang baru.Seterusnya, saya akan menyediakan nota ringkas (peta minda) untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran anak-anak untuk mengingat sesuatu perkara.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Sains Tadika
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5