Profile Picture

Nur Athirah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Arabic For International Communication

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pagoh) (Sedang Belajar)

Sungai Mati, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Walaupun saya seorang pelajar, saya akan berusaha menjadi seorang tutor yang rajin serta bersemangat dalam membantu para pelajar saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya suka untuk berkongsi tips-tips yang berguna dan yang telah saya guna semasa belajar. Saya seorang yang memahami dan tegas. Saya akan sentiasa memastikan setiap pelajar saya faham dan jelas dengan pembelajaran mereka pelajari. Saya juga amat berbesar hati jika para pelajar ingin bertanya soal pelajaran di luar waktu kelas. Selain itu, saya juga akan berusaha mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Ayuh, ambil saya sebagai tutor anda sekarang!
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti perbincangan, soal jawab, bercerita dan didik hibur untuk memastikan pelajar mudah faham dan tidak mudah bosan semasa proses pembelajaran. Saya juga akan cuba menyediakan teknik dan cara yang berkesan kepada para pelajar saya agar mereka dapat menguasai kemahiran dengan pants dan mudah diingati seperti menggunakan gambar rajah dan akronim agar pelajar lebih faham mengenai sesuatu topik. Selain itu, saya juga menyediakan nota yang menarik dan ringkas kepada pelajar saya.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Arab Darjah 1, Tingkatan 1
Mengaji - Iqra Darjah 1
Bahasa Melayu Tingkatan 2