Profile Picture

Mimi Jumatiah *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Perakaunan

Universiti Teknologi MARA (Kota Kinabalu) (Telah Bergraduasi)

Kota kinabalu, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang yang berdedikasi dan memberi sepenuhnya dalam sesuatu yang saya lakukan. Saya mudah dibawa bergaul dan juga mesra. Saya amat menitik beratkan kepentingan belajar dan mencapai kejayaan kepada pelajar saya. Saya bersemangat dalam membantu pelajar saya mencapai matlamat mereka. Saya sangat fleksibel yang membolehkan pelajar menghubungi saya pada bila-bila masa untuk bertanyakan tentang sesuatu yang mereka kurang fahami. Kalau tidak percaya dengan apa yang saya katakan, sini saya buktikan!
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya adalah berasaskan latihan dan gambaran realiti. Bukan sahaja pembelajaran berdasarkan sekadar teori, tetapi pemahaman dalam dunia sebenar. Saya juga menggunakan teknik akronim untuk mengingat formula. Penyediaan nota yang ringkas tetapi padat dengan informasi juga turut saya berikan. Akhir sekali, teknik saya adalah pelajar boleh menghubungi saya pada bila-bila masa untuk bertanyakan sesuatu yang tidak mereka fahami dan bukan hanya sekadar dalam sesi pengajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Tingkatan 1, Tadika
Bahasa Melayu Darjah 6, Tadika
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Perniagaan Tingkatan 4, Tingkatan 5