mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Hidayah *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Kejuruteraan Kimia

Universiti Teknologi MARA (Pasir Gudang) (Sedang Belajar)

Mantin, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Hidayah. Saya merupakan seorang tutor yang amat meminati bidang pendidikan. Saya merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi Mara. Meskipun tidak mempunyai pengalaman mengajar secara formal, saya sering membimbing dan mengajar rakan-rakan dalam subjek Kimia dan lain lain. Di peringkat universiti, saya boleh menjadi tutor dalam subjek Thermodynamics. Pada peringkat sekolah rendah dan tadika, subjek major saya ialah Bahasa Melayu dan Matematik manakala subjek minor ialah Bahasa Inggeris. Minat yang mendalam terhadap mengajar telah pun lama saya pendam, dan kini tiba masanya untuk saya curahkan ilmu kepada mereka yang telah diamanahkan kepada saya. Sebagai mana saya membimbing rakan sepejuangan saya begitu juga saya akan berjuang demi pemahaman pelajar-pelajar saya.
Teknik Pengajaran
Teknik pembelajaran ini sebenarnya lebih bergantung kepada pendekatan pelajar itu sendiri. Antara pendekatan yang dilakukan ialah peta minda, penggandaan latihan dan konsistensi pengajar dalam menanda latihan, hiburan dalam belajar dan banyak lagi. Sememangnya cara belajar bagi anak-anak ini adalah berlainan bagi setiap mereka. Meskipun begitu, tidak salah untuk mencuba cara belajar yang berlainan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran disamping memilih kaedah yang bersesuaian dengan diri. Bersama saya, para pelajar bukan sahaja akan diajar tetapi kita sama sama akan belajar. Ingatlah, ilmu itu luas dan kita yang harus mencarinya.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Dewasa
Matematik Tadika
Membaca - BI Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4