Profile Picture

Noor Haida *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - International Relation And Diplomacy

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Sedang Belajar)

Kluang, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi untuk menarik minat golongan muda khususnya pelajar sekolah untuk belajar secara seronok. Saya ingin menjadi tutor kerana saya percaya kepada kuasa transformasi pendidikan. Perjalanan akademik saya dalam Sarjana Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi, membuatkan saya lebih bersemangat untuk berkongsi pengetahuan dan pandangan saya dengan orang lain. Saya berminat untuk mengajar subjek Sejarah dan Matematik peringkat menengah rendah dan menengah atas khususnya bagi mereka yang berada di sekitar Kluang, Johor. Dengan semangat dan kebolehan yang ada saya yakin mampu menyampaikan ilmu dengan baik. Oleh itu, jadikan saya tutor anda pada hari ini!
Teknik Pengajaran
Untuk Subjek Sejarah, saya akan menggunakan kaedah naratif atau bercerita dalam pembelajaran untuk membantu pelajar memahami konsep-konsep yang diajar dengan lebih mudah. Kaedah ini bukan sahaja dapat membantu pelajar faham dengan lebih mudah tetapi ia menjadikan sesi pembelajaran lebih seronok dan tidak membosankan. Seterusnya, saya akan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran melalui perbincangan terbuka, soalan reflektif, dan aktiviti penyertaan lain supaya dapat membantu dalam membina hubungan emosi dengan bahan pengajaran dan meningkatkan motivasi pembelajaran. Kaedah ini dapat membantu pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Akhir sekali, saya akan menyesuaikan kaedah pengajaran dan bahan pengajaran mengikut keperluan dan minat pelajar di dalam kelas. Sebagai tutor saya perlu kenal anak didik saya agar dapat menyampaikan ilmu sesuai dengan cara, sifat, emosi dan kriteria pelajar. Dengan ini, pelajar tidak akan rasa rendah diri kerana pendidik berjaya memahami mereka dan cuba menyampaikan ilmu sesuai dengan kehendak pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Membaca - BI Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Darjah 2
P. Islam Darjah 2, Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 6