Profile Picture

Luqmanul Hakim *******

(Dalam Talian)

Sijil Pelajaran Malaysia(spm) - Foundation In Medical Science

Management & Science University (Sedang Belajar)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Luqmanul Hakim.Alhamdulillah saya berjaya mendapat 10A dalam SPM 2022 dan diberikan anugerah pelajar cemerlang SPM dan pelajar mithali pada tahun 2023.Saya sedang melanjutkan pelajaran di MSU dan mendapat tajaan penuh dari Yayasan MSU.Saya merupakan seorang yang gemar mengajar orang lain.Saya merasakan mengajar adalah sesuatu yang sukar dan mencabar tetapi sangat menyeronokkan.Saya suka mempelajari sesuatu topik dengan merujuk pelbagai sumber seperti pensyarah,internet dan buku rujukan.Kemudian saya akan menstruktur pemahaman saya dalam bentuk yang mudah untuk diajarkan kepada orang lain.Saya akan memastikan kaedah yang digunakan tidak menyebabkan pelajar berasa bosan.Saya percaya,dengan teknik yang betul,semua orang mampu menjadi pelajar cemerlang.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya adalah melalui pendekatan interaktif untuk memastikan keterlibatan pelajar dalam perbincangan tentang sesuatu topik melalui bentuk lebih mudah seperti analogi,cerita dan gambaran.Penekanan pada pembelajaran secara aktif juga akan diaplikasikan memastikan pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran.Teknik lain seperti “umpan balik konstruktif” untuk memfokuskan bahagian yang perlu ditingkatkan oleh pelajar,pelajar akan diberi latihan sesuai mengikut tahap penguasaan dari masa ke semasa.Teknik untuk mengingat dan menghafal juga akan dikongsi seperti melalui akronim,singkatan,lukisan dan juga dalam bentuk cerita.Saya gemar memastikan pelajar yakin subjek itu mudah agar mereka lebih tertarik untuk memahami dan mampu menguasai setiap subjek sepenuhnya.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 5, Tingkatan 4
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4