Profile Picture

Fatin Amira *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Psikologi Dengan Pembangunan Sumber Manusia

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Telah Bergraduasi)

Kota Setar, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan graduan ijazah sarjana muda Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia. Saya telah bergraduasi dengan kelas pertama pada tahun 2023 dan bercadang untuk mengambil Diploma Perguruan Lepasan Ijazah pada tahun ini. Ijazah dalam bidang Psikologi memberi faedah kepada saya dalam memahami perkembangan manusia dari segi mental dan emosi dari awal kanak-kanak hinggalah dewasa bagi beradaptasi dengan kehidupan termasuklah pembelajaran. Sejak dari sekolah, saya suka memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan saya melalui pembelajaran berkumpulan. Mencari teknik dan jalan pintas bagi memudahkan pemahaman dan penghafalan amatlah menarik bagi saya.
Teknik Pengajaran
Teknik yang dipilih bergantung kepada subjek dan karakter pelajar. Namun, saya bercadang untuk mengajar secara syarahan langsung, diisi dengan demonstrasi dan merujuk pada modul, buku teks serta bahan cetak yang ada. Bagi memperkasa pemahaman pelajar, aktiviti seperti penyelesaian masalah, perbincangan secara individu atau berkumpulan akan dijalankan. Saya juga amat menggalakkan nota ringkas mengikut cita rasa pelajar sendiri. Membuat jadual dan plan harian amat penting bagi melahirkan pelajar yang fokus dan bijak dalam pengurusan masa. Juga, mendapatkan maklum balas dari pelajar amat penting bagi saya dalam memastikan pelajar faham dan ingat apa yang dipelajari dan bukan semata-mata mendengar sahaja.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 2, Darjah 1
Membaca - BI Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Melayu Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Inggeris Darjah 2
Sains Darjah 2, Darjah 3
P. Islam Darjah 2
Pendidikan Moral Darjah 2
Prasekolah - 3M Darjah 3
Sejarah Darjah 4