Saya Cikgu Damia yang juga merupakan pelajar dari Institut Pendidikan Guru yang beropsyenkan subjek bahasa melayu sebagai subjek major. Saya mempunyai pengalaman mengajar kerana saya dilatih untuk menyediakan rph iaitu rutin pengajaran harian bagi subjek bahasa melayu untuk tujuan assignment. Saya mengetahui dan amik maklum silibus terkini dan dskp yang digunakan di sekolah bagi subjek bahasa melayu kerana saya juga diajarkan dan dilatih perkara yang sama di Institut Pendidikan Guru.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan dan mengaplikasi banyak kemahiran dan teknik pengajaran yang dapat menarik minat murid. Antaranya yang menjadi kegemaran murid murid adalah didik hibur. Teknik ini dapat menarik minat murid dalam topik pembelajaran kerana ianya menyelitkan elemen hiburan yang dekat dengan jiwa murid pada masa kini di samping dapat memfokuskan kepada topik yang dipelajari. Selain itu saya juga menggunakan teknik berpusatkan bahan dimana saya akan mengaplikasikan dan menggunakkan bahan bahan atau modul yang menarik disamping membantu pelajar serta memudahkan mereka untuk mempelajari sesuatu topik.