Profile Picture

Ainon Najihah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor In Mathematical Sciences

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Sedang Belajar)

Kepala Batas, Pulau Pinang

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Ainon Najihah pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Matematik . Saya merupakan seorang yang meminati dan mampu mendalami ilmu Matematik dengan berfikir secara kritis untuk menyelesaikan masalah dalam soalan Matematik. Saya telah menjalani latihan praktikal sebagai seorang tutor di sebuah sekolah kerajaan selama dua bulan dan telah membantu dan berinteraksi lebih dari 100 orang pelajar. Saya mampu untuk menyelesaikan soalan asas matematik dengan mudah dan sentiasa berusaha untuk menyampaikan kefahaman saya kepada pelajar. Saya telah mendapat 8A1B dalam SPM dan boleh mengajar subjek-subjek lain jika mendapat tajuk terlebih dahulu sebelum mengajar. Saya sangat berminat untuk membantu para pelajar secara terus dan mendalam untuk meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Sewaktu saya berada di sekolah, saya gemar untuk berinteraksi dengan para pelajar dan mengajar dengan mendalam setiap pelajar yang bertanyakan soalan pada saya. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Saya akan berusaha menyampaikan kefahaman saya kepada pelajar melalui pelbagai cara seperti membaca soalan KBAT sambil melukis untuk menunjukkan maksud disebalik soalan melalui visual. Kepuasan para pelajar dalam mencapai kefahaman merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 6, Tadika, Darjah 1
Matematik Darjah 6, Tadika, Darjah 1, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 6, Tadika, Darjah 1
Sains Darjah 6, Tadika
P. Islam Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 6, Darjah 1