Profile Picture

Nurul Misya *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Perakaunan

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Sedang Belajar)

Dungun, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang tutor yang berkerja keras dalam mendidik pelajar saya supaya mereka mencapai keputusan yang cemerlang. Saya merupakan tutor separuh masa yang mengajar subjek perakaunan dan matematik. Ketika zaman SPM juga, saya selalu menjadi tutor peribadi rakan-rakan sekolah saya dan berkat berkongsi ilmu, saya berjaya memperoleh keputusan cemerlang SPM iaitu semua A pada tahun 2021. Selepas tamat sekolah menengah, saya sentiasa mengisi masa lapang dengan menjadi tutor separuh waktu mengajar pelajar SPM dan mereka berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Saya berjaya membuatkan pelajar saya gembira dan faham akan ilmu yang diajari. Mungkin jarak umur yang dekat membuatkan saya mudah bergaul dengan pelajar dan memahami kelemahan mereka dalam sesuatu topik.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah praktikal dan secara interaktif. Dimana saya akan menggunakan kertas peperiksaan tahun lepas sebagai bahan belajar di dalam kelas. Hal ini demikian kerana dengan menjawab kertas pemeriksaan yang lepas dapat membantu pelajar berfikir secara kritis dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari , bukan sekadar menghafal maklumat. Dengan cara ini, saya boleh membuat pemerhatian dan membetulkan sebarang kesilapan struktur dan cara menjawab yang betul.
Subjek
Subjek Tahap
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3