mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Fatin *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu/matematik

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Bachok, Kelantan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya, Cikgu Fatin. Saya seorang tutor yang boleh menjaga amanah dengan baik. Saya sudah mempunyai pengalaman mengajar dalam tempoh praktikum di sekolah selama tiga bulan. Saya seorang yang santai ketika mengajar tetapi dalam masa yang sama, saya tegas dengan murid saya. Saya sentiasa bersedia dan berusaha untuk membantu murid-murid saya supaya objektif pembelajaran dapat dicapai serta sesi pembelajaran lebih berkesan. Subjek major saya merupakan bahasa Melayu dan subjek minor pula Matematik. Saya akan mengambil masa untuk berkenalan dengan murid saya supaya saya dapat mengenal pasti kelebihan serta kekurangan murid saya untuk saya pastikan setiap teknik serta kaedah pengajaran yang akan saya gunakan adalah bersesuaian dengan murid saya.
Teknik Pengajaran
Semasa saya berpraktikum, saya lebih suka mengaplikasikan teknik soal jawab dalam sesi pembelajaran untuk memastikan anak murid saya faham mengenai topik utama isi pelajaran. Bukan itu sahaja, teknik soal jawab ini adalah untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku secara dua hala. Di sampling itu, saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur supaya murid-murid lebih seronok untuk mengikuti kelas bersama saya. Teknik-teknik lain juga digunakan bergantung kepada kesesuaian serta kebolehan murid atau kelas yang akan saya kendalikan.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6
Matematik Darjah 3, Darjah 4