Profile Picture

Nur Aliah *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Sijil Tinggi Agama Malaysia (Stam) Dini (Kbd)

Sekolah Menengah (Sedang Belajar)

Kampung Kepayang, Perak

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Ustazah Aliah. Saya merupakan seorang tutor yang memahami dan prihatin dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Lughah Arabiah Muasirah (Bahasa Arab tinggi) merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bidang Al Quran dan subjek agama yang lain merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam membaca Al Quran secara bertarannum dan bertajwid serta mampu mengajar pelajar sehingga memahami sesuatu tajuk. Saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon SPM dan STAM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Saya juga menggunakan teknik lagu untuk menghafal bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah Tingkatan 4, Tingkatan 5