mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul A’dnin *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Awal Kanak-kanak

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Pasir Puteh, Kelantan

Institut Perguruan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Adnin, saya merupakan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Sepanjang saya belajar selama 4 tahun ini, saya telah melakukan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebanyak 3 kali iaitu 3 buah sekolah. Saya sudah dapat membiasakan diri dengan kanak-kanak sekolah rendah. Tambahan pula, saya baru lepas menjalani praktikal di Pusat PERMATA Mempaga, Karak selama 3 bulan iaitu Ogos sehingga Oktober. Sepanjang praktikal, saya dapat melahirkan kanak-kanak yang berkemahiran tinggi dalam pelajaran, saya juga dapat mencipta pelbagai bahan bantu mengajar yang kreatif dan efektif untuk kanak-kanak. Saya juga pernah menjadi 'home tutor' sewaktu selepas SPM dan menjadi guru dalam talian persendirian sewaktu PKP. Sepanjang menjadi seorang 'home tutor' dan guru dalam talian persendirian, saya dapat melahirkan kanak-kanak yang mahir dalam membaca dan mengenal huruf. Jika anda mempunyai anak dalam masalah membca dan mengenal huruf, anda boleh menghubungi saya!
Teknik Pengajaran
Pengalaman pengajaran saya dalam insititusi pendidikan ini iaitu selama 4 tahun. Saya banyak menggunakan teknik didik hibur, teknik main peranan dan juga teknik menggunakan teknologi sewaktu dengan peredaran zaman sekarang. Dengan teknik-teknik pengajaran yang saya ada, saya pasti dapat menghasilkan anak-anak yang pandai membaca dan mengenal huruf.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Darjah 1, Tadika, Darjah 2
Mengaji - Iqra Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Darjah 2