Profile Picture

Najwa Nuha *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Bachelor Of Finance (Islamic Finance) (Hons.)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Ongoing Study)

Kajang, Selangor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan tutor yang berdedikasi dan mempunyai semangat yang tinggi untuk menyebarkan ilmu kepada anak didik sebanyak yang mungkin. Saya juga merupakan graduan cemerlang dalam Diploma in Business Studies dan mendapat CGPA 4.00. Saya juga mempunyai latar belakang dalam bidang agama khususnya dalam bidang hafazan al-Quran ketika di sekolah menengah. Selain daripada fokus dalam bidang akademik, saya juga sangat aktif dalam bidang kokurikulum yang banyak menggunakan skill komunikasi dan menyelesaikan masalah ketika menyertai kelab dan persatuan serta pelbagai pertandingan. Saya juga seorang yang peramah dan tepati masa serta mudah untuk berinteraksi dengan kanak-kanak mahupun remaja dan dewasa. Oleh itu, izinkan saya menjadi tutor pilihan anda harini!
Teaching Method(s)
- Memahami dan memerhati kebolehan pelajar sama ada pelajar tersebut cenderung melalui penglihatan atau pendengaran mahupun pergerakan untuk menyesuaikan teknik pembelajaran
- Menerangkan konsep sesuatu topik dengan pelbagai cara untuk meningkatkan kefahaman
- Memberikan latih tubi yang realistik mengikut kemampuan pelajar
- Membuat latihan berdasarkan ujian lepas untuk pendedahan kepada pelajar dalam cara menjawab peperiksaan
- Memberi gambar/visual untuk membantu pelajar lebih memahami sesuatu topik
- Menggunakan platform seperti Quizziz dan Kahoot untuk pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan mudah difahami
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Tadika
Matematik Tingkatan 1
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mengaji - Al-Quran Dewasa
Bahasa Melayu Tadika