Profile Picture

Siti Aishah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Chemical Engineering Technology (Food) With Honours

Universiti Kuala Lumpur (Telah Bergraduasi)

Shah Alam, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Siti Aishah, saya merupakan seorang graduan lulusan dari Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET). Sejak di bangku sekolah lagi, saya merupakan seorang yang sentiasa berkongsi ilmu dengan rakan sekelas malah saya juga pernah dilantik sebagai seorang mentor bagi subjek Kimia. Saya merupakan seorang yang suka akan suasana yang ceria dan tenang ketika belajar namun tetap akan tegas dalam keadaan yang memerlukan. Saya komited untuk membantu anak didik saya mendapat keputusan yang cemerlang.
Teknik Pengajaran
Saya akan memahami dan mengenal pasti titik kelemahan anak didik saya untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Untuk memudahkan pemahaman mereka bagi sesuatu perkara, saya akan menggunakan teknik peta minda supaya idea dapat dikembangkan lebih lagi. Sesi pembelajaran akan diadakan secara santai, serta sesi soalan dan perbincangan akan diadakan untuk menilai tahap kefahaman pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Cina Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
P. Islam Darjah 1, Darjah 2