mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Basyirah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Bidang Agama Islam (Stam Maahad Ahmadi Gemencheh)

Sekolah Menengah (Telah Bergraduasi)

Seremban, Negeri Sembilan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang tutor yang tidak mudah putus asa serta kreatif dalam mengajar. Saya akan sentiasa membantu anak didik saya dengan penuh kesabaran dan dedikasi sehingga mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Saya juga seorang yang bertoleransi dan mesra terutama sekali dengan pelajar saya supaya mereka tertarik untuk belajar. Saya mempunyai pengalaman menjadi guru muda semasa di sekolah menengah dalam bidang bahasa melayu dan bahasa arab dan rakan bawah pimpinan saya mendapat markah yang lebih tinggi dari peperiksaan sebelum ini.Saya berbesar hati untuk menjadi tutor kepada mana mana pelajar dan pilihlah saya menjadi tutor anda.
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan teknik pengajaran yang kreatif dengan membuat nota yang menarik minat pelajar saya. Saya juga akan menyediakan latihan sampingan seperti soalan latih tubi supaya pelajar saya mahir dalam pelajaran. Selain itu, saya akan berkomunikasi dengan pelajar supaya wujud komunikasi dua hala. Saya juga akan menggunakan teknik simulasi ketika mengajar dengan bercerita supaya sesi pembelajaran tidak bosan. Saya juga akan mengikut kemampuan setiap pelajar saya dalam belajar dan berusaha untuk memahami dan memberikan yang terbaik untuk pelajar saya.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Mengaji
Bahasa Arab KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, Darjah 2, Darjah 3
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3
Tilawah Al-Quran KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3
P. Islam Darjah 2, Darjah 3