Profile Picture

Hanis Hamiera *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bacelor Sains Kimia Dengan Pendidikan

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Sedang Belajar)

Benut, Johor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Hanis Hamiera Binti Haron. Merupakan seorang pelajar tahun 3 di Universiti Putra Malaysia dan mengambil kursus Bacelor Sains Kimia Pendidikan. Cita-cita menjadi seorang guru merupakan cita cita saya sejak kecil lagi. Berpengalaman dalam mengajar tutor semenjak di sekolah menengah lagi di mana saya mengajar anak kepada kawan kawan ibu bapa saya serta beberapa ahli keluarga yang lain. Subjek Kimia merupakan subjek major saya dan subjek Matematik merupakan subjek minor saya. Saya mempunyai semangat yang tinggi dalam bidang mengajar. Kelebihan saya ialah murid akan dapat memahami dengan lebih mudah lagi dengan cara yang betul tentang subjek yang bakal diajar.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya bakal kelolakan ialah teknik pengajaran yang berkesan mengikut generasi terkini. Saya akan menerapkan beberapa teknik pengajaran yang menarik serta mengaplikasikan beberapa kaedah pengajaran yang sesuai dengan abad ke-21. Pendekatan yang saya suka lakukan dalam pendidikan ialah pembelajaran secara koperatif dan kontekstual berdasarkan pengajaran yang sesuai.
Subjek
Subjek Tahap
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Matematik Tingkatan 4, Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Darjah 4