Profile Picture

Wan Rafiqa *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sedang Belajar)

Kuala Terengganu, Terengganu

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cik Wan Rafiqa. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman dalam mengajar subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, serta subjek-subjek yang memerlukan kemahiran bacaan dan hafalan yang baik. Kelebihan saya dalam mengaplikasikan dan mempelbagaikan penggunaan alat serta bahan bantu mengajar mengikut kesesuaian dan minat murid semasa proses PdP menjadikan saya seorang pendidik yang lebih peka terhadap kehendak dan keperluan murid pada masa kini. Tambahan pula, saya juga mahir dalam membantu murid meningkatkan motivasi dan disiplin diri, serta mampu membantu murid mengenal pasti potensi diri dan meneroka peluang-peluang dalam pendidikan yang bersesuaian dengan minat, tahap dan kemahiran akademik mereka. Jika anda merupakan seorang murid/individu yang berhasrat untuk skor dengan cemerlang dalam kurikulum, hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya sering menerapkan penggunaan teknik latih tubi semasa mengajar iaitu meminta murid mengulang semula perkara yang telah diajar secara berulang kali bagi memastikan mereka dapat mengekalkan ingatan mereka tentang fakta-fakta tertentu. Bagi menyokong keberkesanan teknik ini, saya menggalakkan murid-murid untuk membuat peta minda mengikut kefahaman mereka sendiri agar mereka dapat mengingati isi-isi penting yang dapat dikembangkan dalam penulisan dengan lebih berkesan. Teknik pengajaran saya juga banyak memberi fokus terhadap peningkatan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid kerana ia akan membantu murid untuk menghasilkan sebuah karya yang tepat, logik dan menarik bagi subjek-subjek bahasa dan komunikasi. Oleh itu, saya gemar menggunakan teknik bercerita semasa mengajar bagi menerangkan tentang aspek tatabahasa dan gaya bahasa dalam sesuatu bacaan atau penulisan, dengan disokong oleh penggunaan gambar, video dan objek-objek yang dapat meningkatkan fokus dan kefahaman murid. Selain itu, saya juga gemar menerapkan teknik belajar sambil bermain iaitu dengan menyediakan kuiz-kuiz yang berkaitan dengan topik pembelajaran untuk menggalakkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan meningkatkan kemahiran berfikir murid.
Penilaian & Maklumbalas

Komal Deep Kaur : Bahasa Melayu

Ok..perlukan lebih masa untuk tahu progress

Muhammad Ali : Bahasa Melayu

Good job and thank you

Muhammad Ali : Bahasa Melayu

Good job and thank you

Muhammad Ali : Bahasa Melayu

Good job and thank you

NORMIZAH BINTI MOHD RAUS : Bahasa Melayu

Tutor sangat komited dan berpengetahuan serta berpengalaman. Anak mudah faham. Terima kasih tak terhingga.

Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Dewasa
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Dewasa
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 5
3M Tingkatan 1
MUET STPM - Tingkatan 6
MUET Dewasa