Profile Picture

Amira Shazlyana *******

(Online)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik Dengan Kepujian

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Durian Tunggal) (Ongoing Study)

Taiping, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya datangnya bukan dari latar belakang seorang pengajar. Saya merupakan seorang yang baru ingin menceburi bidang tutor sebagai salah satu kemahiran yang boleh dilakukan di waktu lapang dan juga sambil meningkatkan kemahiran saya. Saya tidak mempunyai pengalaman dalam mendidik murid-murid sekolah, tetapi saya mempunyai kebolehan dalam mengajar kawan-kawan saya dalam matapelajaran yang kami pelajari, terutamanya dalam subjek yang kearah matematik. Saya percaya saya mampu untuk mengajar pelajar-pelajar dengan penuh berdedikasi serta sentiasa bersemangat untuk membantu mereka meningkatkan prestasi mereka dalam pembelajaran.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan kaedah latih tubi kerana kaedah tersebut mampu untuk membuat kita sentiasa mengingati apa yang telah dipelajari sekiranya kita melakukan latihan berkali-kali setiap hari. Walaupun saya kurang berpengalaman dalam bidang mengajar, saya yakin saya mampu untuk menerapkan teknik yang menarik bergantung kepada minat dan keupayaan para pelajar.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 2, Tadika
Prasekolah - 3M Tadika
Membaca - BI Tadika