Saya Cikgu Farah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 2 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah Agama. Subjek Pendidikan islam (Tauhid, Tajwid) merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga berkebolehan meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 2 tahun dalam bidang pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik mendidik sambil belajar dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda pelbagai bentuk dan teknik hafalan merupakan antara kepakaran saya dan ianya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar.