mytutor_mobile
Profile Picture

Puteri Nur *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Pelancongan Dan Hospitaliti

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (Sedang Belajar)

Langkawi, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi saya cikgu Puteri, saya merupakan pelajar diploma jurusan Pelancongan dan Hospitaliti yang sedang menjalani semester akhir iaitu latihan industri di Lembaga Pembangunan Langkawi, Kedah. Saya berpengalaman dalam mengajar murid pra, pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah bawah. Selain itu, saya juga pernah mengajar pelajar 'retake' SPM. Pengalaman yang saya ada ini adalah selama 2 tahun dan saya bermula kerjaya ini seawal umur 18 tahun bagi mengumpul wang pengajian. Saya mungkin muda tapi saya berpengalaman dalam mengajar. Nak anak anda skor dengan cemerlang dan mudah memahami tanpa rasa bosan dalam belajar, saya ada dan sedia membantu.
Teknik Pengajaran
Teknik yang saya gunakan dalam sistem pengajaran saya adalah saya menfokuskan kepada tahap kefahaman sesorang pelajar. Contohnya saya banyakan aktiviti pelajaran diluar bagi murid pra dan sekolah rendah bagi menarik minat mereka dan belajar tanpa ada rasa bosan. Selain itu, saya turut merencanakan permainan dan quiz yang mencabar minda anak-anak. Bagi pelajar menengah saya banyak tekankan dalam tips lulus dalam peperiksaan dan formula -formula mudah faham bagi mereka mengingati sesuatu pelajaran yang mereka pelajari. Saya juga sering menggunakan kaedah 'Reward' contohnya setiap bulan saya akan adakan ujian kepada pelajar bagi menguji tahap kefahaman mereka, pelajar yang berjaya skor ujian tersebut akan diberi hadiah.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1
Bahasa Inggeris Darjah 1, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 3
Bahasa Melayu Tingkatan 1
P. Islam Darjah 6
Communication & Writing Darjah 1, Darjah 6
Sejarah Tingkatan 1