Profile Picture

Muhammad Alif *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Jasmani

Institut Pendidikan Guru (Telah Bergraduasi)

Muar, Johor

Institut Perguruan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Muhammad Alif Iqmal bin Mohd Yusof berusia 23 tahun merupakan seorang guru Sekolah Rendah di daerah Segamat. Mempunyai pengalaman mengajar selama 6 bulan ketika berada di IPG manakala sudah mula bekerja sebagai seorang guru di sekolah rendah bermula dari 3/9/2023. Keseluruhan tempoh pengalaman saya mengajar ialah selama 1 tahun. Saya merupakan guru di dalam bidang Pendidikan Jasmani, namun diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Sains di sekolah rendah. Menceburi bidang pendidikan pada usia yang muda menjadikan saya lebih bersemangat untuk berkongsi ilmu yang dibekalkan agar dapat melahirkan murid yang cemerlang pada masa akan datang.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya gunakan lebih cenderung kepada permainan dimana murid akan didedahkan dengan teknik "bermain sambil belajar". Teknik ini juga dapat menarik minat murid agar mereka tidak mudah bosan semasa proses pengajaran. Selain itu, penggunaan teknologi juga menjadikan pengajaran lebih menarik dengan penggunaan laptop serta permainan interaktif atas talian. Disamping itu, penggunaan visual, warna serta akronim membantu murid untuk mengingat dengan lebih mudah. Saya akan membekalkan nota yang berwarna dan lengkap agar murid dapat memahami subjek yang diajar dengan lebih mudah. Pelbagai teknik pengajaran akan digunakan supaya dalam melahirkan murid yang cemerlang dan seimbang dari semua aspek.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 2
Sains Darjah 2
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Darjah 2