mytutor_mobile
Profile Picture

Dayang Nurainina *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Tesl

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang guru pelatih yang sedang belajar dalam bidang pendidikan bagi kursus TESL iaitu Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. Saya merupakan siswa sebuah Institut Pendidikan Guru dan tahun ini merupakan tahun terakhir dalam 6 tahun, dan saya sedang menjalani semester akhir bagi 12 semester. Saya sedang menjalani Praktikum kedua selama 3 bulan di sekolah dan mempunyai pengalaman mengajar berdasarkan silibus Sekolah Rendah Kebangsaan. Semasa menuntut di IPG, saya telah mempelajari pelbagai kaedah PdP serta psikologi kanak-kanak bagi membantu saya dalam persediaan mengajar di sekolah. Ia merupakan perkara penting bagi menjadi seorang guru untuk melahirkan murid-murid yang berkebolehan dan aktif. Saya lebih gemar mengajar fokus pembelajaran secara tidak langsung supaya murid tidak rasa terbeban untuk menghafal.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya gunakan adalah saya akan menggunakan pelbagai sumber bagi menerangkan sesuatu perkara. Hal ini kerana saya yakin murid-murid memerlukan alat bantu mengajar supaya mereka lebih mudah faham akan sesuatu perkara. Misalnya, Game-Based Learning, Canva, Quizizz dan sebagainya. Saya lebih mementingkan penyertaan aktif dari murid supaya pelajaran lebih memberangsangkan kepada murid.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 5, Darjah 6