Profile Picture

Khoirun Nisa' *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Arab Dan Kesusteraan Islam

Universiti Sains Islam Malaysia (Sedang Belajar)

Puchong, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu nisa. saya merupakan seorang tutor yang mahir dalam bahasa arab. dan saya juga merupakan guru di sekolah rendah agama yang mengajar subjek sampingan seperti tauhid, feqah, akhlak, sirah dan sebagainya. bahasa arab merupakan major dalam bidang saya kerana saya mengambil pengajian bahasa arab dan kesusteraan islam. manakala subjek minor iaitu subjek sampingan saya adalah feqah, akhlak dan sirah. kretiviti saya dalam menarik perhatian pelajar di dalam kelas merupakan kelebihan yang membuatkan pelajar saya cepat memahami sesuatu subjek dan berjaya di dalam pepriksaan. saya juga gemar melakukan ice breaking atau quiz kepada pelajar saya supaya mereka sentiasa mengingati topik yang dipelajari kemarin. saya juga dapat memotivasikan murid-murid dan membuat mereka berasa ceria dan gembira didalam sesi pembelajaran. sekiranya anda menginginkan anak anda belajar dalam suasana yang ceria dan bersemangat sila hubungi saya.
Teknik Pengajaran
berdasarkan pengalaman saya dalam mengajar pelajar tahun 1 sehingga 6, saya mengenalpasti gaya dan kaedah murid saya ketika belajar. kebanyakkan pelajar yang saya temui mereka lebih gemar teknik pembelajaran yang santai dan mudah. oleh yang demikian saya sering memulakan kelas saya dengan kaedah brainstorm, dengan kaedah tersebut saya mendapati pelajar saya sering mengingati apa yang mereka pelajari pada tempoh hari. tambahan pula, terdapat pelajar saya yang lebih cenderung kepada latihan dan penulisan. oleh itu, saya juga sering memberi mereka latihan yang ringkas dan mudah kepada mereka. justeru itu sebelum saya memula kan sesi pembelajaran saya akan mengenalpasti kaedah yang bersesuaian dengan pelajar saya agar pelajaran yang dipelari mudah difahami dan dipelajari. quiz online dan juga peta minda merupakan satu kaedah yang sering saya gunakan selepas tamat 1 topik yang dipelajari. teknik belajar sambil bermain merupakan satu slogan saya untuk memastikan pelajar saya tidak berada dibawah tekanan yang membuat mereka tertekan dan stress tetapi teknik ini memberi makna bahawa ilmu pengetahuan itu manis sekiranya dinikmati dengan cara yang betul iaitu dengan cara yang santai. ''belajar itu mudah sekiranya kamu merasakan iainya mudah'' merupakan kata-kata yang sering saya beri kepada pelajar saya dan juga merupakan visi saya dalam mendidik.
Subjek
Subjek Tahap
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Arab Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Jawi Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
KAFA Darjah 1
Mengaji - Iqra Darjah 2, Darjah 3
Asas Fardhu Ain Darjah 2, Darjah 3, KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 6
Tauhid KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6
Fekah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6
Sirah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6
Jawi dan Khat KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 6
Hafazan KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6
Adab dan Sirah KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 6
Usuluddin Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Syariah Islamiah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3