Profile Picture

Nur Afifah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Accounting

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Telah Bergraduasi)

Sepang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang sentiasa menjadikan anak didik saya sentiasa ceria dan gembira apabila berada di dalam kelas. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya juga telah mempunyai pengalaman mengajar tutor selama 9 tahun dan keakraban saya bersama anak didik dan juga ibu bapa tidak putus kerana saya akan dijadikan bahan rujukan para ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka. Jadikan saya tutor anda hari ini! Anak anda pasti cemerlang
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 9 tahun dalam industri pendidikan sebagai tutor, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek terutamanya subjek sains atau subjek yang memerlukan hafalan. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Bagi subjek mengira, pelbagai cara dan jenis penyelesaian akan diberikan mengikut keselesaan anak-anak.Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik. Bagi subjek bahasa melayu, beberapa teknik akan di ajar bagi memudahkan anak-anak menggunakannya dalam apa tajuk yang diuji.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6, Darjah 3
Sains Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6, Darjah 3